Rumah Subsale vs Projek Baru (Undercon): Mana Satu Lebih Berbaloi Untuk Pelaburan?
Satu dilema yang sering dihadapi oleh pelabur tegar mahupun pembeli rumah sendiri adalah: “Patut ke aku beli rumah second-hand (subsale) atau beli projek baru yang tengah dibina (undercon)?”
Kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan tersendiri, terutamanya dalam pasaran bulan ini. Jom kita bandingkan secara ringkas untuk bantu anda buat keputusan:
Rumah Projek Baru (Undercon)
-
Kelebihan: Biasanya datang dengan pakej menarik seperti diskaun bumiputera, rebat awal, dan yuran guaman percuma. Reka bentuk juga lebih moden dan masih ada waranti pemaju (defect liability period).
-
Kekurangan: Kena tunggu 2 hingga 3 tahun untuk siap. Ada risiko projek terbengkalai kalau tersalah pilih pemaju yang kurang kukuh kewangannya.
Rumah Subsale (Second-Hand)
-
Kelebihan: Apa yang anda lihat, itu yang anda dapat. Anda boleh kawasan sekitar, keadaan fizikal rumah, dan terus dapatkan rental yield (pulangan sewa) segera sebaik sahaja urusan tukar nama selesai. Kawasan matang biasanya mempunyai permintaan sewa yang lebih stabil.
-
Kekurangan: Memerlukan modal tunai yang lebih tinggi di awal urusan (kos deposit dan yuran peguam yang jarang ada rebat). Anda juga mungkin perlu mengeluarkan kos tambahan untuk renovasi atau baiki kerosakan.
Kesimpulan: Mana Yang Terbaik?
Sekiranya anda mencari aliran tunai segera dan mahu menilai sendiri profil penyewa, subsale adalah jawapannya. Namun, jika anda mempunyai modal tunai yang terhad di peringkat awal dan mahukan aset baru, projek undercon daripada pemaju bereputasi adalah pilihan yang bijak.
