• Prestasi transaksi hartanah kediaman di Johor menunjukkan penurunan serta peningkatan sepanjang 2020 sehingga separuh pertama 2022 (H1 2022).
• Bilangan transaksi kediaman di Johor pada separuh kedua 2020 (H2 2020) mencatatkan peningkatan yang ketara berbanding di separuh pertama 2020 (H1 2020) iaitu sebanyak 27% (meningkat 2,764-unit) manakala nilai transaksi meningkat sebanyak 42% (kenaikkan RM1.427 Bilion).
• Direkodkan bilangan transaksi adalah sebanyak 12,957-unit bernilai RM4.795 Bilion di separuh kedua 2020 (H2 2020) manakala di separuh pertama 2020 (H1 2020) sebanyak 10,193-unit bernilai RM3.368 Bilion.
• Pasaran hartanah menunjukkan peningkatan setelah kerajaan membenarkan beberapa sektor perniagaan termasuk perkhidmatan beroperasi selepas diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan pada Mac 2020.
• Pada separuh pertama 2021 (H1 2021) pasaran hartanah kediaman di Johor jatuh dengan catatan bilangan transaksi sebanyak 10,681-unit bernilai RM3.90 Bilion.
• Penurunkan sebanyak 18% dan 19% bagi bilangan dan nilai transaksi masing-masing pada separuh pertama 2021 (H1 2021) berbanding separuh sebelumnya yang mana kesan daripada Pengumuman Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 pada Januari 2021 bagi beberapa buah negeri.
• Pasaran hartanah kediaman di Johor kembali meningkat di separuh kedua 2021 (H2 2021) sehingga separuh pertama 2022 (H1 2022).
• Direkodkan bilangan transaksi iaitu 11,910-unit di separuh kedua 2021 (H1 2021) dan 12,836 unit di separuh pertama 2022 (H1 2022) iaitu kenaikan sebanyak 12% dan 8% masing-masing.
• Manakala bagi nilai transaksi telah direkodkan RM4.583 Bilion pada separuh kedua 2021 (H2 2021) dan RM4.902 Bilion di separuh pertama 2022 (H1 2022) dengan peningkatan sebanyak 18% dan 7% masing-masing.
Bilangan pindahmilik menunjukkan peningkatan yang konsisten sejak separuh pertama 2021 (H1 2021) sehingga separuh pertama 2022 (H1 2022) dan dijangkakan peningkatan ini akan berterusan seiring dengan pembukaan lebih banyak sektor ekonomi pada masa sekarang dan permintaan pembelian yang kembali meningkat.