PENGAMBILAN BALIK TANAH

Di bawah Perlembagaan Persekutuan, TANAH ADALAH DI BAWAH BIDANG KUASA NEGERI dimana tujuan Akta Pengambilan Tanah 1960 adalah untuk memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa Negeri bagi mengambil semula tanah bagi tujuan tertentu. Ianya juga bagi keseragaman prosedur pengambilan balik tanah di seluruh Semenanjung Malaysia.

Tanah yang tidak boleh dibuat pengambilan

  1. Tanah Kerajaan Negeri (state land);
  2. Tanah milik Kerajaan Persekutuan (PTP);
  3. Tanah yang dipegang di bawah pajakan lombong;
  4. Tanah milik kedutaan asing; dan
  5. Tanah simpanan hutan

Tujuan

  1. Apa-apa tujuan awam (sekolah, jalan raya, hospital)
  2. Tujuan yang memberi manfaat kepada pembangunan ekonomi Malaysia atau kepada orang awam (stadium, litar sukan permotoran, pencawangan elektrik, sistem kumbahan)
  3. Tujuan perlombongan atau perumahan, pertanian, komersial, rekreasi

PROSEDUR PENGAMBILAN BALIK TANAH

  1. Notis Tanah Berkemungkinan Akan Diambil – Seksyen 4

Bagi tanah-tanah yang dicadangkan berkemungkinan diambil, pemberitahuan dalam Borang A akan disiarkan dalam Warta Kerajaan Negeri memberitahu bahawa tanah tersebut berkemungkinan akan diambil oleh Kerajaan seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 4 Akta Pengambilan Balik Tanah 1960. Tarikh penilaian adalah berdasarkan tarikh pengumuman Borang A.

  • Kuasa Masuk & Mengukur Tanah – Seksyen 5

Borang B akan dikeluarkan oleh Jawatankuasa Khas Pengambilan Tanah memberi kuasa kepada mana-mana pegawai pejabat tanah atau pihak berkenaan untuk memasuki tanah bagi pemeriksaan dan pengukuran tanah-tanah yang terlibat dengan pengambilan. Jika sebarang kerosakkan berlaku disebabkan pemeriksaan tersebut, penghuni tanah berhak untuk meminta ganti rugi kerosakkan tersebut.

  • Pengisytiharan Pengambilan Balik Tanah – Seksyen 8

Apabila Pihak Kerajaan memutuskan tanah-tanah yang dicadangkan bakal diambil, pengisytiharan dalam Borang D akan disiarkan ke dalam Warta Kerajaan Negeri mengumumkan bahawa tanah-tanah terlibat bakal diambil oleh Kerajaan.

Warta tersebut akan luput dan terhenti dalam tempoh dua (2) tahun sekiranya tiada sebarang pembayaran pampasan yang dibuat oleh Pentadbir Tanah. Segala perbicaraan yang telah dilaksanakan akan ditamatkan.

Tarikh pengisytiharan Borang D akan digunakan sebagai tarikh penilaian sekiranya jarak antara pewartaan Borang A dengan pewartaan Borang D dibuat melebihi tempoh satu (1) tahun.

  • Notis Siasatan – Seksyen 10

Pentadbir tanah akan menghantar Borang E kepada semua pemilik tanah yang terlibat dengan pengambilan serta Borang F diserahkan kepada mana-mana pihak yang merasakan mereka mempunyai kepentingan terhadap tanah yang terlibat dengan mengemukakan dokumen tuntutan secara bertulis kepada Pentadbir Tanah dalam tempoh yang ditetapkan.

Tujuan siasatan/Perbicaraan – membincangkan dan mendengar segala tuntutan daripada tuan tanah dan pihak berkepentingan terhadap tanah merreka.

Perbicaraan akan dilaksanakan selepas genap 21 dari tarikh pengiystiharan notis panggilan perbicaraan. Tuan tanah dan pihak berkepentingan akan diwakili oleh penilai swasta atau penilai kerajaan. Perbicaraan tuntutan pampasan ini boleh memakan masa yang panjang.

Pihak berkepentingan adalah termasuk:-

  • Penghuni atas tanah
  • Pemilik tanah berdaftar
  • Sesiapa sahaja yang mempunyai kepentingan berdaftar, (e.g. pemegang gadai, pemegang pajak, pemegang pajak pajakan kecil, pemegang gadai pajakan dan pemegang ismen)
  • Sesiapa sahaja yang merasakan or mempunyai sebab yang dipercayai berkepentingan terhadap tanah yang terlibat, (e.g. pentadbir, pemasuk kaveat, pemegang lien, pemegang lien pajakan, pemegang (donee) suratkuasa wakil (Power of Attorney), Pegawai Pemegang Harta, Pemegang Amanah, Wasi dan sebagainya).
  • Award Pampasan Bertulis

Pentadbir Tanah akan menyenaraikan semua nama-nama tuan tanah dan pihak berkepentingan yang terlibat berserta maklumat keluasan tanah yang diambil, jumlah pampasan yang ditawarkan etc.

  • Notis Award & Tawaran Pampasan – Seksyen 16

Notis award bertulis Borang G disertakan sekali Borang H akan dikeluarkan dan diserahkan kepada tuan tanah dan pihak berkepentingan dimana selanjutnya tuan tanah dan pihak berkepentingan berhak untuk:-

  1. Menerima tawaran pampasan;
  2. Menerima tawaran pampasan dengan bantahan; atau
  3. Tidak menerima tawaran pampasan
  • Perakuan Segera – Seksyen 19

Proses penukaran hakmilik kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) akan tetap dilaksanakan sama ada tuan tanah telah menerima pampasan atau membawa kes ke mahkamah. Tuan tanah perlu menyerahkan semula segala dokumen berkaitan tanah yang terlibat kepada Pejabat Tanah.

  • Bayaran Pampasan – Seksyen 29

Bayaran pampasan akan dibuat dalam tempoh tiga (3) bulan kepada tuan tanah dan pihak berkepentingan kecuali:-

  • Tiada pihak yang kompeten untuk menerima bayaran
  • Orang yang berkepentingan tidak bersetuju untuk menerima wang pampasan
  • Terdapat pertikaian hak atau pihak yang yang sepatutnya menerima pampasan; atau pembahagian pampasan

Pentadbir Tanah akan menahan 25% daripada jumlah pampasan dan mendepositkan wang tersebut ke akaun Mahkamah atas perkara yang dinyatakan dalam Seksyen 29(A) APT 1960 serta bagi mereka yang menerima tawaran pampasan dengan bantahan. Selain itu, bagi mereka yang tidak menerima tawaran pampasan, wang tersebut juga akan didepositkan ke akaun Mahkamah.

*Bagi sebarang kelewatan bayaran pampasan, caj 5% akan dikenakan setahun.

  • Bantahan ke Mahkamah

Tuan tanah dan pihak berkepentingan boleh membuat bantahan bagi perkara seperti berikut:-

  • Pengukuran tanah;
  • Jumlah pampasan;
  • Orang yang kepadanya ia akan dibayar; dan
  • Pembahagian pampasan

Bantahan boleh dibuat bagi jumlah pampasan yang melebihi RM5,000, sekiranya kurang daripada jumlah tersebut, pampasan tersebut dikira muktamad.

  1. Permohonan Bantahan

Sebarang bantahan perlulah dibuat dalam Borang N dan dikemukakan kepada Pentadbir Tanah dengan menyatakan sepenuhnya jenis kepentingan seseorang itu terhadap tanah yang diambil, jenis bantahan yang diisukan serta alasan bantahan tersebut.

Bantahan atau Borang N perlulah dihantar dalam tempoh enam (6) minggu dari tarikh award. Manakala bagi mereka yang tidak hadir atau tidak diwakili sesiapa dalam siasatan/perbicaraan, bantahan perlu dibuat dalam tempoh enam (6) minggu dari tarikh penerimaan Borang H atau enam (6) bulan dari tarikh award (yang mana luput terlebih dahulu).

*Deposit RM3,000 perlulah dibayar bagi sesiapa yang ingin membuat bantahan.

________________________________________________________________________________________________________________

Sekiranya anda memerlukan khidmat nasihat professional berkaitan pengambilan balik tanah sama ada melibatkan sebahagian atau sepenuhnya tanah anda, atau berkenaan tawaran pampasan yang diberikan oleh kerajaan, anda boleh menghubungi ZIYAD PROPERTY CONSULTANTS SDN BHD melalui enquiry@ziyad.my atau klik link berikut.
https://ziyad.my/contact/

Join The Discussion

Compare listings

Compare