*𝘴𝘪𝘭𝘢 𝘳𝘶𝘫𝘶𝘬 𝘳𝘢𝘫𝘢𝘩
Rajah menunjukkan bilangan dan nilai transaksi kediaman di 5 daerah utama di Johor iaitu Johor Bahru, Kluang, Batu Pahat, Muar dan Kulai bagi tahun 2021 hingga separuh pertama 2022 (H1 2022).
Johor Bahru yang mana merupakan ibu negeri Johor mendahului bilangan transaksi jual beli hartanah kediaman di Johor.
Perkembangan pasaran hartanah bagi daerah utama diatas menunjukkan pergerakan yang positif pada separuh pertama 2021 (H1 2021) hingga separuh pertama 2022 (H1 2022) kecuali Batu Pahat dan Muar.
Johor Bahru, direkodkan peningkatan sebanyak 23% dan 27% bagi bilangan dan nilai transaksi kediaman masing-masing di separuh kedua 2021 (H2 2021) berbanding di separuh pertama 2021 (H1 2021).
Telah dicatatkan bilangan transaksi di Johor Bahru sebanyak 6,045-unit bernilai RM2.70 Bilion di separuh kedua 2021 berbanding di separuh pertama tahun tersebut iaitu 4,897-unit bernilai RM2.13 Bilion.
Pada separuh pertama 2022 (H1 2022), bilangan transaksi meningkat 2% dan jumlah nilaian meningkat 6%. 6,194-unit transaksi yang bernilai RM2.85 Bilion telah dicatatkan pada awal tahun 2022.
Kluang mencatatkan peningkatan yang drastik pada separuh pertama 2022 (H1 2022) iaitu sebanyak 30% dan 15% bagi bilangan serta nilai transaksi masing-masing.
Data yang direkodkan adalah 1,668-unit bernilai RM488 Juta di separuh pertama 2022 (H1 2022) berbanding 1,285-unit bernilai RM 4.25 Juta di separuh kedua 2021 (H2 2021).
Batu Pahat mengalami sedikit penurunan dari segi bilangan transaksi iaitu 13% di separuh kedua 2021 (H2 2021) berbanding di separuh pertama 2021 (H1 2021) dan kembali menunjukkan peningakatan di separuh pertama 2022 (H1 2022) iaitu 3%.
Transaksi yang direkodkan adalah 1,348-unit, 1,179-unit dan 1,209-unit bagi H1 2021, H2 2021 dan H1 2022 masing-masing.
Dari segi nilai, nilai pasaran kediaman di Batu Pahat menunjukkan penurunan di separuh kedua 2021 (H2 2021) sehingga separuh pertama 2022 (H1 2022). Nilai transaksi yang dicatatkan adalah RM399 Juta (H1 2021), RM372 Juta (H2 2021) dan RM366 Juta (H1 2022).
Di daerah Muar pula, pasaran hartanah kediaman menujukkan sedikit perkembangan bagi bilangan serta nilai jual beli di separuh kedua 2021 (H2 2022) dan separuh pertama 2022 (H1 2022) berbanding di awal tahun 2021.
Kulai, rekod menunjukkan terdapat peningkatan yang tinggi terhadap bilangan transaksi kediaman di Kulai pada separuh kedua 2021 (H2 2021) berbanding di awal 2021. Peningkatan sebanyak 24% pada bilangan unit dan 21% bagi nilaian transaksi pada H2 2021.
Kulai mencatatkan bilangan transaksi sebanyak 987-unit bernilai RM352 Juta di H2 2021 daripada 794-unit bernilai RM290 Juta pada awal tahun 2021. Manakala di separuh pertama 2022 (H1 2022), terdapat juga peningkatan walaupun hanya sedikit dengan catatan sebanyak 2% bagi bilangan transaksi dan 9% bagi nilaian transaksi.
Perkembangan dalam pasaran hartanah dilihat terus berkembang dan meningkat selaras dengan perkembangan ekonomi yang beralih pulih.